Blogger Backgrounds
free glitter text and family website at FamilyLobby.com

suka sama kamu

~SUKA SAMA KAMOO~

Thursday 19 January 2012

EKSPRESI 02

       selesai tugasan pertama, kami diberi tugasan yang kedua iaitu para  pelajar dikehendaki membuat sebuah persembahan berbentuk drama eksperimental. Namun,  kareografi, jalan cerita dan pembahagian watak telah ditentukan oleh Encik Nor Shuradi. Tugasan ini merupakan gabungan antara pelajar pergerakan kreatif teater dan pelajar minor Teater . Seramai tiga orang pelajar minor teater yang terdiri daripada Jerry, Natiqa dan Nilam.  Persembahan drama eksperimental ini akan  dipersembahkan di hadapan para penonton iaitu  pada 9 - 10 Disember 2011 bertempat di Dewan Rahman Talib, UPSI yang mengetengahkan empat buah drama iaitu drama  Kak Bie Jamban, Aku Sunyi, Proses dan juga Teruk.
Kak Bie Jamban merupakan sebuah drama yang lebih menekankan pergerakan kreatif dan eksperesi wajah memainkan watak yang diberikan. Saya diberikan watak sebagai tahi di dalam drama ini manakala Nilam memegang watak sebagai tukang cuci yang bernama Kak Bie. Antara pelakon lain yang memegang watak tahi ialah faiz, lan , kuyie, laili, azie, aini, dila, ain, dan lia. Drama Kak Bie Jamban mengisahkan dilema seorang pencuci tandas terhadap masalah tahi yang membelenggu dirinya. Berbagai konflik yang melanda dirinya antaranya masalah pengguna-pengguna tandas yang  tidak berperikemanusiaan yang tidak tahu mencuci tandas selepas membuang isi-isi perut ke dalam Jamban . masalah tahi itu menghantui kehidupan kak Bie setiap hari , namun berkat kesabaran kak Bie tahi-tahi tersebut berjaya dibersihkan. Sangkaan kak Bie tentang tekanan terhadap tahi sudah tiada rupanya-rupanya meleset apabila tahi-tahi tersebut kembali menghantuinya ketika hendak makan. Tahi-tahi itu sentiasa menghantui fikiran kak Bie. 

No comments:

Post a Comment